Penting! Mesti Baca untuk Pelanggan Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelanggan yang dikasihi,
Semua registered key untuk software antivirus yang dijual di sini perlu diaktifkan dalam masa 3 hari dari tarikh key diberi.
Oleh kerana key license adalah registered key, saya hanya membuat order melalui supplier apabila ada order daripada customer. Saya tidak menyimpan stok kerana stok akan expired selepas 3 hari dan tidak boleh digunakan lagi. Untuk pengetahuan semua, key akan dapat dalam masa 3 hari (minimum) selepas pembayaran dan apabila terdapat masalah (seperti sistem down atau sistem dalam proses upgrade, etc..), key akan diberi lebih lambat dan saya akan inform pada anda. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan saya melalui email, kaspersky.smc@gmail.com atau 011-1289-9852(sms sahaja/viber/whatsapp). Terima Kasih.

Syarat & Pertanyaan

Berikut adalah soalan yang biasa diajukan kepada kami. Sekiranya terdapat kemusykilan anda boleh mendapatkan jawapannya di sini. Soalan yang telah ada di sini tidak akan dijawab lagi sekiranya anda menghubungi kami.
No backout buyer!

1.       Adakah key yang dijual dijamin original?
Ya. Kami yakin key yang dijual dijamin original. Sekarang tiada apa-apa masalah daripada pelanggan kami. Jika terdapat sebarang masalah pada key, sila inform pada kami dan akan ganti dengan yang baru.

2.       Saya akan dapat dalam bentuk apa setelah membelinya?
Kami hanya menjual key sahaja tanpa CD dan kotak. Setelah anda membuat pembayaran, kami akan menghantar key tersebut melalui email atau melalui SMS. Jika anda perlukan software, ianya boleh di muat turun di laman web Kaspersky.com. Sekiranya anda membeli pakage TECH TITAN, kami akan menghantar pendrive berserta key kepada anda secara pos yang ditanggung oleh anda sendiri.

3.       Berapa hari saya perlu activate key tersebut sekiranya saya membeli registered key?
Seminggu. Setelah anda mendapatkan key tersebut, anda mestilah mengaktifkan key tersebut dalam masa seminggu. Jika tidak ia akan expired dan itu bukan lagi di bawah tanggungjawab kami.

4.       Berapa lama saya perlu tunggu untuk dapatkan key tersebut?
24 jam. Namun, kami akan cuba menghantarnya secepat mungkin dan kebanyakan pelanggan kami mendapatkan key tersebut kurang dari 24 jam, malah ada yang mendapatnya setelah 2 jam selepas pembayaran.

5.       Unregistered key tu macam mana?
Unregistered key adalah key yang boleh disimpan lama sehingga anda mengaktifkannya sendiri. Anda tidak perlu risau sekiranya anda lambat mengaktifkan key tersebut. Lesen key tersebut tidak akan berkurang walaupun anda tidak mengaktifkannya.

6.       Kenapa harga murah dari pasaran?
Kerana kami hanya menjual key sahaja tanpa box packaging seperti dipasaran. Cas juga kurang kerana tidak melibatkan kos penghantaran dan CD kecuali bagi TECH TITAN.

Pengumuman.

1.       Anda WAJIB menghantar print screen bukti pembayaran ke email kami kaspersky.smc@gmail.com . Tanpa bukti pembayaran, key tidak akan dihantar kepada anda.
2.       Sekiranya registered key terdapat masalah, anda mesti menghubungi kami dalam masa 8 hari dari tarikh pembelian.
3.       Jika anda sudah mengaktifkan key tersebut, namun berlaku masalah pada key, anda WAJIB menghantar print screen bukti masalah key yang terdapat di computer anda.

Terima Kasih.

1 comment:

  1. slm.sy brminat utk membeli 3 user key. nmun hnya utk penggunaan komputer milik sy shj. maknanya setelah 1 key expired, sy akan menggantikan dgn key seterusnya dlm 3 user tu. boleh ke mcm tu?

    ReplyDelete